Monday, July 26, 2010

Litchin FAQ lagi ~ Litchin & Puasa [Topic is BUMP-ed again since esok Nisfu Syaaban, Selamat Berpuasa]

Note :: this post has been updated 15th July 2010.

Puasa? Ni dah bulan Rejab, eloklah puasa sunat. Mana yang belum ganti, sila-sila lah ganti :o)) Litchin no problem, boleh amik. This is what I tried... ada 2 option. Ikut kesesuaian diri masing-masing. Tapi sangat saya sarankan, bermulalah dengan Option 1 untuk 2-3 hari, kemudian continue dengan Option 2. Kita taknak ibadah kita ni terganggu atau makruh pulak sebab haus yang amat luarbiasa.

Option 1
Sahur
~ Bangun, terus minum 250ml [segelas] air suam, not hot, not cold.
~ Enzim [bagi mereka yg tiada masalah gastrik yg kronik, yg sikit sikit tu tak apa]
~ Prepare the table/food, buy time for Enzim nak bersedia terima food anda dalam 15 minit.
~ MAKAN - Pastikan Gizi Seimbang! Kunyah betul-betul sebelum telan. Ambil nasik & lauk pauk pada kadar sederhana, jangan berlebih-lebih.
~ Untuk yg tanak makan nasi, try makan Mihun Sup buatan sendiri. [menunya amat amatr mudah, nak masak dia takes less than 20 mins. Nak resipi? Meh datang jumpa saya]
~ Secawan [125ml] susu/yoghurt/yogurt drink e.g Bliss/Shine
~ Sebiji pear/apple/pisang/lai/kiwi/dragonfruit/5 biji strawberry
Minum air suam sehingga Imsak.

Berbuka
~ Mulakan dengan segelas air suam + buah Tamar [kurma] 3 biji.
~ Enzim
~ Sepotong kuih [yg kukus, bukan goreng!]/sepotong apam balik/sebiji popia basah/segelas susu/yogurt drink
~ Solat Maghrib. Wirid panjang sikit, buy time for Enzim to get ready.
~ MAKAN OPT A - Nasi 1/2 cup + Sayur + Ikan [bakar, asam pedas, singgang, sup] + Fruit juice tanpa gula, gantikan gula dengan madu/brown sugar
~ MAKAN OPT B - Oats/Nestum 1 bowl + Fruit juice tanpa gula, gantikan gula dengan madu/brown sugar
~ MAKAN OPT C - Laksa/Mihun Sup/Mihun Soto 1 bowl [besar] + Fruit juice tanpa gula, gantikan gula dengan madu/brown sugar
~ MAKAN OPT D - Murtabak Ayam saiz sederhana 1/2 potong +  Fruit juice tanpa gula, gantikan gula dengan madu/brown sugar
~ 9pm - buah 2 biji [no pisang, no betik, no anggur, no durian, no dragonfruit]
~ 10.45 - Fiber
~ 11.15 - Tidur
~ 3am - Qiyamullail :o)) [aktifkan badan anda masa bulan puasa, jangan layan penat-penat tu. Makin dilayan makin turun BMR!]


Option 2
Semua sama dengan Option 1, tapi sahur tu tak payah ambil enzim.

No comments:

Post a Comment