Monday, July 26, 2010

Vacancy ~ Pembantu Butik FULL TIME & PERMANENT

Kami @ Emas Sutera tidak kisah jika anda hanya berkelulusan SPM atau UPSR sekalipun, kerana kami percaya melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika anda mempunyai keazaman yang tinggi dan bersungguh-sungguh memberikan komitmen terhadap pekerjaan, kami akan menghargai usaha anda dan kenaikan gaji bukan sesuatu yang mustahil sekiranya prestasi anda sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa.

Apa yang kami mahukan adalah
  • Wanita Muslim Warganegara Malaysia sahaja
  • Seorang yang ingin berkembang dalam kareernya bersama-sama kami. Kami tidak perlukan pekerja yang hanya mahu bekerja dalam tempoh yang singkat, minimum 9 bulan. Walaupun anda bermula dari bawah, tidak bermakna anda di tahap itu selama-lamanya.
  • Bersikap setiakawan dan berinisiatif, bukan pahat dengan penukul. Tidak hanya menunggu arahan dan melepak pada waktu bekerja melainkan kedaan kesihatan tidak memuaskan.
  • Seorang yang tidak segan untuk bercakap atau berkomunikasi dengan pelanggan. ~ Tidak malu untuk buka mulut mempromosikan produk dan pakaian di Butik kami, mampu memberikan lontaran suara yang boleh didengari jelas.
  • Tidak mudah putus asa, boleh ditegur untuk memperbaiki diri
  • Jujur, amanah dan tidak mempunyai rekod jenayah
  • Menghormati hak kami sebagai majikan jika mahu hak anda sebagai pekerja dihormati 
Sekiranya anda ada ciri-ciri di atas, sila hadir ke sesi temuduga terbuka di Butik kami dengan membawa dokumen yang anda rasakan perlu untuk dibawa. Sebarang pertanyaan hubungi 012.2601575 atau 03.82100797

No comments:

Post a Comment